Sunday, May 17, 2020

JURNAL MANDALA 31

Syukur Alhamdulillah, saya Cgu Julia Abu Sari dapat menyelesaikan pembelajaran dan tugasan Mandala 31. Terima kasih  dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn Jamaida Jamaludin (Pn JJ) kerana membimbing, mengajar, memberi latihan seterusnya menyuntik semangat juang untuk saya menghabiskan jurnal mandala ini. Terasa puas dan bangga. Kini saya begitu teruja untuk mengamalkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam perkhidmatan membantu anak-
anak didik saya. Terima kasih juga kepada team kelas mandala 31, sentiasa berkongsi untuk kita sama-sama menguasai ilmu mandala 31 ini. Tahniah untuk semua. Kita Buat Kita Dapat, Berani Mencuba, Belajar Terus Dan Belajar, Cari Dan Gali Ilmu, Haloba Ilmu Art Therapy, Cabar Diri, Cari Tenaga Sokongan, Aura Kejayaan dan Usaha Cari Ruang Serta Peluang menjadikan saya boleh lakukan dan mendapat pencapaian yang baik. SYUKUR ALHAMDULILLAH atas nikmat dan redho Allah. Terima kasih guru-guruku.
Aktiviti Mandala 31
Latihan Mandala 31...Syukur Alhamdulillah.
 Contoh aktiviti Mandala 31
1. Roda Mandala
2. Mandala Bercorak
3. Mandala Geometri
4. Mandala Bertulis
5. Mandala Bercorak
6. Mandala Butterfly
7. Eye Mandala
8. Mandala Visualisasi
9. Mandala Bertema "CINTA"
10. Mandala 
       Api, Air, Angin dan Tanah

11. Mandala Bahagia 2
       Negatif vs Positif
11. Mandala Bahagia 2
      Kehendak vs Keperluan
12. Mandala Bebas
13. Mandala Berangkai
14.  Shape Mandala
15. Fruit Mandala
16. Mandala Pemandangan
17. Mandala Pecahan
18. Mandala 'Body'
19. Mandala 'Love'
20. Mandala Bersilang
Sekalung Penghargaan
- Pn  Jamaida Jamaludin (Pn JJ)
  Sifu Art Therapy
- Pn Rafidah Sadaruddin
  Pembantu Pn JJ
- Dr Mohd Idrus Kadir
  Nur Fathin Nabilah Mohd Idrus
  Penyokong Utama
- Adinda Effa Rina Mohd Matore
  Aura Sipencari ilmu
- Rakan-rakan Group Mandala 31
   "HEBATNYA KITA...
    HALOBAKAN ILMU"

Reflesi Diri
Syukur alhamdulillah saya dapat belajar satu lagi ilmu, iaitu jurnal Mandala 31. Teruja dengan aktiviti yang dijalankan. Rasa seronok dan bahagia. Pada mula mengikuti kelas Mandala 31 ni saya rasa stres dan risau dengan masa dan kebolehan saya untuk melukis. Akhirnya selepas melalui 7 aktiviti mandala 31, saya dapat rentak dan rasa yang amat menyentuh hati. Di sinilah mulanya saya yakin dan pasti bahawa ilmu dan kemahiran  menguasai Mandala ini ada kelebihan yang tersendiri. Kita Buat Kita Rasa, Kita Buat Kita Dapat, Kita Buat Kita Menang, Kita Berani Mencuba, Kita Dah Menang, Kita Cabar Diri, Kita Cari Dan Gali Ilmu, Belajar Terus Belajar, Cari Ruang Dan Peluang Yang Ada, Berkongsi Dan Berkawan Dengan Orang Yang Cintakan Ilmu dan Usaha Tanpa Jemu. JOM KITA TERUS CARI..CARI...GALI..GALI...KUASAI..
HALOBA DENGAN ILMU DAN
KEMAHIRAN.

- Indahnya ilmu
- Indahnya belajar
- Indahnya haloba ilmu
- Indahnya pencari ilmu

#ALLAHkanada
#pencariilmu
#ramadanbermakna
#gunakanmasayangada
#halobakanilmu
#umphnyapencintailmu