Lama tak menulis di blog ni.... rindu terasa. Hari ni Cgu Ju cuba berkongsi maklumat tentang kerja buat yang dilaksanakan sepanjang PKP COVID 19. Syukur alhamdulillah banyak perkara yang dapat dilakukan....banyak belajar daripada sifu-sifu untuk tambahkan ilmu dalam bidang kaunseling. Yang pastinya ilmu dan kemahiran menolong. Terima kasih semua, antaranya adik Nurhaiza Che Mat,
Pn Jamaida Jamaludin (JJ), Cgu Jinggo, Cgu Sham, Cgu edidik, Dinda Mid, dinda Fa, En Jafny dan sesiap sahaja yang berkongsi ilmu. TERIMA KASIH ...nanti ajar lagi
#stayathome
#buatelok-elok
#kitabuatkerjakita
#cubaterusmencuba
tekan untuk kongsi maklumat tentang PPDa
http://online.anyflip.com/bfga/ptjs/
Cgu Ju kongsikan kerja buat masa PKP
1. Menyediakan data program yang Telah dilaksanakan
2. Laporan program yang telah dilaksanakan
3. Laporan bergambar setiap program yang telah dilaksanakan
4. Mengemas kini buku lod kaunseling (data)
5. Menyediakan buletin kaunseling (alhamdulilah)
6. Menuntut ilmu/ belajar terus belajar
- Art Terapi (Pn JJ)
- HTP (Cgu Asmadi)
- GCR (Adik Haiza)
- Inovasi (adik Haiza)
- Semangat terus bersemangat (Dinda Mid)
- Kongsi ilmu...(En Jafny, Cgu Jinggo, Cgu Sham, Dinda Fa dan ramai lagi)
7. Latih tubi menggunakan ICT
8. Sembang santai dengan PRS Sehati
9. Menyediakan kertas konsep Inovasi KGTB
10. Membina modul KGTB
11. Membina Kit ABB/ABS
12. Terapi diri.... menyantuni taman-taman mini LV SI
13. Deko mendeko rumahku syurgaku LV SI
14. Sembang santai dengan orang tersayang
15. Mengemas kini gambar-gambar laporan di hand fhone
16. Sembang-sembang ilmu dengan rakan sejawat (geng ubk smkpu(1)
17. Menyediakan bahan-bahan sokongan untuk anak-anak SMKPU(1)
18. Latihan PRS Sulong
19. Latihan PRS Muda
20. Menyediakan dan mengemaskini bahan-bahan PRS
Bosan...stres tak terasa kerana masa yang ada dipenuhi dengan aktiviti. Jom semua GBK kita buat kerja kita....membantu terus membantu walau di mana sahaja
Saya kongsikan gambar taman-taman mini LV SI sebagai salah satu terapi diri...
Jom santai-santai
No comments:
Post a Comment